Orang ramai diminta sokong hartal doktor kontrak - Utusan Malaysia

Orang ramai diminta sokong hartal doktor kontrak

TIAN CHUA NOTA TERBITAN KOSMO 6 OGOS 2018 ISNIN MUKA 3 060818K Archived By RM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa rakyat Malaysia untuk turut sama menyokong Hartal Doktor Kontrak yang akan diadakan esok.

Menerusi perkongsian dalam laman Facebooknya, beliau mengatakan ketidakadilan terhadap sebahagian anggota sektor perubatan juga merupakan eksploitasi dalam sistem kesihatan.

“Bukan hanya itu, ia turut mengakibatkan kesan negatif terhadap kesejahteraan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan secara keseluruhan.

“Kempen ini bukan hanya utamakan peningkatan gaji dan kondisi kerja doktor kontrak, tetapi, perjuangannya untuk mempertahankan sistem perkhidmatan kesihatan kita.

“Keadilan kepada doktor kontrak adalah keadilan bagi kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah Tian Chua, tindakan hartal yang diambil tidak akan mengganggu perawatan pesakit, sebaliknya merupakan ekspresi kekecewaan dan penderitaan mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menjaga orang ramai.

“Sokongan kepada doktor kontrak adalah salah satu cara untuk mengucapkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan petugas-petugas penting di barisan hadapan memerangi pandemik,” katanya.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya