MT UMNO tidak boleh melangkaui keputusan Perhimpunan Agung - Utusan Malaysia

MT UMNO tidak boleh melangkaui keputusan Perhimpunan Agung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh melangkaui keputusan yang diputuskan  Perhimpunan Agung UMNO (PAU) termasuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bubar.

Penegasan itu dibuat ahli parlimen Arau,  Datuk Seri Shahidan Kassim dengan menjelaskan, keputusan itu termasuklah  “No Anwar, No DAP” yang menjadi usul pada Perhimpunan Agung UMNO. 

Katanya lagi, meskipun peristiwa perwakilan bangun menyokong supaya MKT menentukan tarikh UMNO keluar daripada kerajaan PN, tetapi itu hanyalah sokongan keatas ucapan dibuat ketika itu dan bukannya suatu keputusan yang dibawa menerusi usul oleh Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

“Tidak boleh mana-mana pihak termasuk majlis tertinggi (MT) untuk melangkaul keputusan PAU. Kalau sekiranya hendak dipinda keputusan PAU, maka hendaklah dipinda oleh PAU, bukan majlis tertinggi. 

“Walaupun dalam ucapan perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku melibatkan perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila nak keluar (kerajaan) dibuat boleh MT.Tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan. Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa oleh Sarani Perak, dan usulnya disahkan naib presiden UMNO bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu,” katanya dalam kenyataan.

Shahidan yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) turut mendakwa jika ada usaha yang dilakukan pihak MT untuk keluar kerajaan PN sebelum Parlimen dibubar, ia suatu kesalahan dan perlu dikenakan tindakan.

Pada masa yang sama, jelas Shahidan lagi tindakan turut perlu diambil terhadap Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang secara terang melanggar keputusan parti termasuklah menulis surat kepada Agong dengan memberi pengisytiharan tidak tepat berhubung pendirian parti.

“Kedua, audio percakapan dengan Anwar, dan ketika pengakuan ahli parlimen termasuk ahli Parlimen padang rentas bahawa mereka tandatangan SD untuk suruh sokong Anwar Ibrahim di depan Anwar, presiden, orang kenamaan dan ada beberapa kali Najib Razak hadir sama,” ujarnya. 

Tambah beliau, tindakan itu sehingga hari ini di didiamkan dan tiada majlis kerja tertinggi atau Lembaga Disiplin UMNO yang berani mengambil tindakan terhadapnya. 

Resolusi Perhimpunan Agung UMNO pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Terdahulu, UMNO berkata parti itu dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos sekaligus menguji keabsahan Tan Sri  Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN