Mengangkat P. Ramlee sebagai Pemuisi Legenda - Utusan Malaysia

Mengangkat P. Ramlee sebagai Pemuisi Legenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Masyarakat Malaysia perlu diberi kesedaran bahawa nilai kesenimanan Seniman Agung Legenda Tan Sri P Ramlee bukan sahaja terletak pada karya beliau dalam industri perfileman sebagai pengarah, pelakon, penggubah lagu, penulis lirik, pemuzik dan pelawak yang sangat hebat malah juga sebagai pemuisi.

Ini berdasarkan kepada karya beliau menerusi lirik dalam lagu gubahannya yang mengangkat nilai bahasa bagaikan bait-bait puisi yang dilontarkan.

Mengungkapkan demikian, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Dr. Noor Zari Hamat berkata, ini terbukti apabila suara emas P Ramlee dengan lagu-lagu malar segarnya sentiasa berkumandang di corong-corong radio dan lagu-lagu gubahannya diminati ramai.

“P. Ramlee hanya seorang ,sehingga kini masih tiada ganti. ‘Di mana kan kucari ganti serupa denganmu’ . Ini antara bait lagu yang sering mengusik indera dengar kita,” ujarnya.

NOOR ZARI HAMAT

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian program Malam Getaran Jiwa Tan Sri P Ramlee yang diadakan secara maya menerusi Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Berkarya malam ini.

Program tersebut merupakan anjuran bersama PEMUISI, DBP dan Persatuan Pengarah-pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Beliau turut memetik antara bait-bait indah yang tersusun dalam lagu nyanyian dan gubahan melodi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:

Tiada kata secantik bahasa untuk kupuji adinda
Tiada kata secantik lukisan untuk kupujuk perasaan

Masa berjauhan apalah yang dikenang
Jika difahamkan itulah sayang

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca alam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan Bintang Lampu Alam.

Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan
Jika dipisahkan pincang lagu, rosaklah irama

Dalam pada itu,  Noor Zari turut kagum dengan lantunan kata kata indah menerusi bait-bait puisi yang disampaikan oleh beberapa tokoh sasterawan dan personaliti dalam industri hiburan malam ini menunjukkan masih ramai kelompok insan yang berdiri teguh mempertahankan entiti bahasa sebagai jati diri bangsa.

“Saya seolah-olah berada di dalam barisan pejuang yang tidak pernah mengenal erti penat dalam usaha memperjuangkan bahasa Melayu khususnya melalui karya-karya puisi dan disampaikan pula kepada khalayak dalam program seperti ini.

Lebih menggembirakan lagi apabila majlis pada malam ini menggabungkan insan-insan seni daripada genre dan bidang berbeza dan kerjasama ini menunjukkan gandingan mantap yang bakal memberi sinar pada acara seni negara, lebih-lebih lagi program kali ini memfokuskan figura serba boleh yang dikenali daripada generasi ke generasi sekalipun pada mereka yang tidak hidup sezaman dengan Allahyarham,” ujarnya lagi.

Yang turut berucap pada malam itu ialah Penaung PEMUISI, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che’ Othman, Ketua Pengarah DBP
Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Presiden PEMUISI, Datuk Dr. Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar, dan disertai oleh Presiden FDAM
Dr. Ahmad Ibrahim Sasterawan-sasterawan Negara, Pengarah-pengarah dan warga MOTAC dan DBP  serta sasterawan, pemuisi dan aktivis sastera tanah air.

Beliau turut memuji PEMUISI yang aktif menjalankan pelbagai aktiviti memartabatkan cabang bidang sastera tanah air.

Sebagai contoh, dalam tempoh hanya dua setengah tahun, PEMUISI telah menganjurkan 60 aktiviti yang mencakupi seminar, bengkel, forum, konvensyen puisi sedunia, selain penerbitan Jurnal Pemuisi setiap bulan dan penerbitan antologi puisi yang dilaksanakan secara berterusan setiap tahun. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya