Lebih 14 juta sudah terima dos vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 14 juta sudah terima dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 14,002,324 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penerima sehingga semalam. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, seramai 9,570,974 orang telah menerima dos pertama vaksin dan 4,431,350 orang bagi dos kedua.

“Ini bersamaan 40.9 peratus golongan dewasa yang menerima dos suntikan vaksin pertama dan 18.9 peratus untuk dos kedua,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini. 

Setakat semalam, sebanyak 253,830 dos pertama dan 126,610 dos telah diberikan yang secara keseluruhan melibatkan 380,440 dos vaksin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN