Lantikan Ismail Sabri bantu stabilkan politik negara - Utusan Malaysia

Lantikan Ismail Sabri bantu stabilkan politik negara

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) melihat lantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri akan membantu menstabilkan semula politik di negara ini.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, berdasarkan rekod pencapaian Ismail Sabri sebelum ini yang memegang beberapa portfolio penting dalam kerajaan akan membantu meringankan bebanan tugas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam mengendalikan situasi pandemik Covid-19.

“Perdana Menteri juga memaklumkan mengenai lantikan ini secara peribadi kepada komponen parti politik dalam Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan ini juga dibuat setelah berfikir panjang dan bukan dilakukan secara tergesa-gesa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri ini turut mengucapkan tahniah atas lantikan Naib Presiden UMNO itu dan berharap kerjasama antara Sabah dan kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuhkan.

Petang tadi, Pejabat Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan akhbar memaklumkan Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN