Kiriman doa Ustaz Ebit untuk semua petugas barisan hadapan - Utusan Malaysia

Kiriman doa Ustaz Ebit untuk semua petugas barisan hadapan

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau Ustaz Ebit mengirimkan doa khusus untuk semua kakitangan Kementerian Kesihatan termasuk para petugas barisan hadapan yang sentiasa berjuang dengan cekal dalam menguruskan situasi pandemik Covid-19 semakin membimbangkan di seluruh negara.

Kiriman video doa Ustaz Ebit itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, doa berkenaan ditujukan kepada petugas barisan hadapan yang tanpa mengira penat atau lelah menguruskan sama ada mereka telah sihat, sakit dan sudah meninggal disamping menjaga kebajikan keluarga mereka, rakan-rakan setugas dan diri sendiri. 

“Mengingati bahawa kita semua insan kerdil ciptaannya. Kita hanya mampu berikhtiar dan pada masa yang sama tetap lebih tekun mendampinginya. Yakini bahawa ada hikmah disebalik ketentuanya. 

“Marilah kita sama-sama mengaminkan doa ini. Insya Allah,” kata Dr. Noor Hisham.

Petugas kesihatan kini bergelut untuk menguruskan pandemik ekoran situasi Covid-19 semakin membimbangkan apabila jumlah jangkitan mencatatkan lima angka sekali gus jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kini adalah 916,561 kes.

Terdahulu Kementerian Kesihatan melaporkan 10,710 jangkitan baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu dengan Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 4,828.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN