Keluarga dakwa siswi UiTM yang meninggal sering mengadu tertekan - Utusan Malaysia

Keluarga dakwa siswi UiTM yang meninggal sering mengadu tertekan

ZURAIMI Mohd. Desa menunjukkan gambar Nur Natasya Ezreen Azemi sambil diperhatikan oleh Azemi Ibrahim di rumah mereka di Kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda, Sungai Muda semalam. - MINGGUAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Keluarga seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Merbok dekat sini yang meninggal dunia, Jumaat lalu mendakwa anak mereka sebelum ini tidak mengalami masalah kesihatan selain kerap mengadu mengalami tekanan emosi.

Ibu pelajar tersebut, Zuraimi Mohd. Desa, 52, berkata, anaknya, Nur Natasya Ezreen, 22, meninggal dunia selepas pembuluh darahnya pecah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada pukul 2.50 petang.

Menurutnya, sejak enam bulan lalu, anak kedua daripada empat beradik itu kerap memaklumkan masalah yang dihadapi kepadanya dan suami, Azemi Ibrahim, 55.

“Arwah anak saya tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini, tetapi, sejak kebelakangan ini sering mengadu sakit kepala kerana bebanan belajar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sintok Bugis, Kota Kuala Muda dekat sini semalami.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda di sini itu dimasukkan ke HSAH selepas pengsan di rumah sewanya semasa sedang menyiapkan kerja kursus pada pukul 3 pagi, Khamis lalu.

Sementara itu, bapanya, Azemi yang bekerja kilang berkata, dia menerima panggilan telefon daripada rakan serumah anaknya pada pukul 3 pagi dan meminta teman serumah anaknya itu menghubungi ambulans.

“Kami tidak sempat bertemu dengannya sehinggalah dia menghembus nafas terakhir pada petang Jumaat selepas 11 jam diberikan rawatan di hospital itu.

“Kami kali terakhir bertemu dengannya enam bulan lalu ketika dia pulang menjenguk kami di rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.