Kedudukan Akmal Nasir sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan tergugat ? - Utusan Malaysia

Kedudukan Akmal Nasir sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan tergugat ?

NOR AZAM KARAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kemelut dalaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) semakin memuncak apabila lebih 100 ketua cabang AMK seluruh negara dikatakan hilang kepercayaan terhadap ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, bekas Ketua AMK Perlis, Nor Azam Karap berkata, majoriti ketua cabang AMK dari seluruh negara mahu Ahli Parlimen Johor Bahru itu digugurkan daripada jawatan tersebut selain menggesa Kongres Angkatan Muda Keadilan Luar Biasa (EGM) disegerakan.

Katanya, gesaan EGM tersebut bagi membolehkan pemilihan Ketua AMK yang baharu demi mengukuhkan kembali sayap pemuda tersebut.

Jelasnya, Akmal disifatkan lemah serta gagal memimpin sayap PKR itu sehingga menyebabkan pecah-belah dalam parti.

“Saya boleh katakan majoriti atau lebih 100 daripada lebih 130 ketua-ketua cabang AMK seluruh negara menolak Akmal dan mahu EGM segera diadakan,” katanya.

Baru-baru ini, Akmal bertindak menyingkirkan Nor Azam dan Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi daripada barisan kepimpinan tanpa merujuk kepada pucuk pimpinan terlebih dahulu.

Tindakan berani Akmal itu mengejutkan banyak pihak sehingga menimbulkan spekulasi parti tersebut mungkin akan berpecah dua.

Dalam pada itu, Nor Azam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, turut mempersoal tindakan Akmal yang menggugurkan jawatannya dan Najwan Halimi dengan alasan tidak munasabah.

Katanya, Akmal memainkan faktor umur untuk tindakan tersebut sedangkan beberapa Ketua AMK negeri lain juga adalah sama umur dengan mereka iaitu 36 tahun.

Selain itu, katanya, beliau juga kononnya dikaitkan dengan kumpulan Setiausaha Politik Presiden PKR selain dikatakan sebagai penyokong kartel yang merujuk kepada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Bagi saya, kalau itu alasan Akmal sememangnya dia ketua yang lemah. Tindakan Akmal yang bersifat politik itu turut boleh memberi kesan kepada parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN