KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa pernah bertemu dengan seorang lelaki bernama G. Gnanaraja pada awal pagi di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor. Saksi pertama pendakwaan, Datuk K. Geethanjali Gausilla memaklumkan, Guan Eng ke rumahnya untuk berbincang perkara sulit dengan Gnanaraja yang merupakan suaminya. Namun ahli perniagaan itu berkata, dia tidak mengambil tahu maklumat yang dibincangkan oleh suaminya dengan Guan Eng. “Selepas mengambil…