Govac bawa penerima vaksin ke PPV secara percuma - Utusan Malaysia

Govac bawa penerima vaksin ke PPV secara percuma

ORANG ramai hanya perlu mengisi borang di pautan Google Form yang disediakan untuk menempah perkhidmatan Govac jika ingin ke PPV di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Masalah tiada kenderaan atau tidak ada sesiapa yang dapat menghantar penerima vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bukan lagi masalah buat rakyat di negeri ini apabila perkhidmatan pengangkutan percuma Go Vaccine (Govac) mula beroperasi esok.

Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor memaklumkan, pengangkutan percuma Govac akan membawa penerima vaksin dari kediaman terus ke PPV di seluruh negeri ini.  

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka, inisiatif kesukarelawan pertubuhan itu turut mendapat sokongan padu kerajaan negeri bagi meningkatkan program vaksinasi di negeri ini. 

“Bermula Isnin ini (esok), Govac akan memulakan operasi sukarelawan iaitu mengambil dan menghantar penerima vaksin dari kediaman ke PPV seluruh Johor.

“Soal tiada kenderaan, anak jauh di perantauan tidak berkesempatan menghantar ibu bapa serta ibu bapa sibuk bekerja bukan lagi alasan untuk hadir temu janji vaksinasi di PPV.

“Sukarelawan kami bersedia membantu mengambil anda di rumah untuk menerima vaksin sehingga selesai urusan suntikan dan menghantar semula ke rumah dengan selamat,” katanya di sini, hari ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Govac hendaklah mengisi borang Google Form di pautan https://bit.ly/GoVac.

Menurut hantaran itu, pengguna perlu faham syarat-syarat yang telah dilampirkan dalam borang tersebut sebelum mẹmbuat tindakan lanjut.

Hantaran Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor itu turut dikongsi oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Facebook rasminya. 

“Tahniah! Satu pendekatan yang amat baik,” ulas ringkas Hasni yang menyambut baik inisiatif diambil pertubuhan berkenaan. – UTUSAN  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya