Chant Group minta penjelasan kerajaan negeri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Chant Group minta penjelasan kerajaan negeri Pulau Pinang

YAN LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang Citizen Awareness Chant Group (Chant) meminta kerajaan negeri menjelaskan iaitu individu terutama warga asing yang telah menjalani ujian saringan Covid-19 ditempatkan sementara menanti keputusan ujian mereka diperolehi. 

Penasihat Chant Group (Chant), Yan Lee berkata, pada masa ini ujian saringan bersasar dilakukan oleh kerajaan negeri di pelbagai lokasi dan pihaknya difahamkan terdapat warga asing turut disaring. 

“Dengan semua ujian ini apakah mereka yang disaring akan segera mendapatkan keputusan ujian? Apa yang terjadi jika selepas diuji mereka pulang ke rumah masing-masing? 

“Sekiranya yang menjalani ujian adalah warga asing, apakah mereka akan terus tunggu keputusan atau mereka akan menghilangkan diri, bagaimana kita mahu pastikan mereka tidak melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sebelum ini, kerajaan negeri memaklumkan sebanyak RM3 juta diperuntukkan khusus bagi melaksanakan program saringan secara besar-besaran terhadap kumpulan komuniti sasaran di 40 kawasan DUN bagi mengekang penularan Covid-19. 

Pendekatan itu bakal meningkatkan jumlah saringan kepada tambahan 40,000 sampel selain inisiatif saringan di lapangan secara berterusan dengan kerjasama Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang membabitkan sektor perkilangan. 

Menurut Yan Lee  pihaknya memahami ujian saringan bersasar itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. 

Namun katanya, mekanisma untuk memastikan mereka yang menjalani saringan tidak menghilangkan diri selepas mendapat keputusan saringan masih tidak dijelaskan kepada umum. 

“Mereka yang menjalani ujian tidak boleh berkeliaran sehingga keputusan saringan mereka diperolehi sama ada mereka positif wabak Covid-19. 

”Jika mereka terutama warga asing didapati positif sudah pasti mereka akan dikuarantin selama dua minggu, ini bermakna dua minggu mereka tidak dapat bekerja, jadi apakah mereka akan tunggu sahaja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN