Adakah imuniti Ahli Parlimen terpakai jika sidang secara hibrid? - Utusan Malaysia

Adakah imuniti Ahli Parlimen terpakai jika sidang secara hibrid?

. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mempersoalkan sama ada imuniti anggota Dewan Rakyat akan terpakai jika ketika perbahasan secara hibrid yang dilakukan di luar dewan.

Justeru itu beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan pendekatan sidang Parlimen yang berkemungkinan akan buat secara hibrid atas beberapa faktor. 

“Setiap Ahli Parlimen mempunyai imuniti ketika berbahas di Dewan Rakyat. Ini bermaksud apa yang disebut ketika perbahasan tidak boleh didakwa di luar Parlimen. Adakah imuniti ini akan terpakai kepada Ahli Parlimen apabila mereka berbahas di luar Dewan Rakyat secara dalam talian?,” soal beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Noh membangkitkan persoalan sama ada sidang secara hibrid akan membolehkan ahli Parlimen mencelah untuk mendapat penjelasan ketika sesi perbahasan dalam sesuatu isu.

Kata beliau, ia apabila ahli Parlimen perlu bangun dan meminta penjelasan di atas apa yang dibahaskan dan semasa sesi soal jawab Menteri.

“Adakah kerajaan tidak yakin dengan keberkesanan dos vaksin? Kalau kerajaan kurang yakin dengan vaksin sedia ada, kenapa tidak diberikan dos ketiga dan setiap mereka diwajibkan menjalani ujian calitan tindak balas berangkai polimerase (PCR) setiap minggu atau dua minggu seperti sidang yang lepas,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar lima blok bangunan Parlimen digunakan sepenuhnya untuk menempatkan pegawai dan kakitangan lain bagi mengelakkan terlalu ramai memasuki bangunan utama.

Katanya, ketika ini terdapat lima bangunan di dalam kawasan Parlimen yang boleh diguna pakai iaitu bangunan utama, bangunan menara, bangunan baharu belakang bangunan utama iaitu setiap ahli Parlimen mempunyai bilik sendiri, bangunan Dewan Rakyat sementara dan bangunan sementara di sebelah bangunan utama. 

“Semua fasiliti ini boleh digunakan untuk menempatkan kakitangan atau pegawai bertugas untuk mengelakkan terlalu ramai masuk ke bangunan utama ketika Parlimen bersidang. Hanya ahli Parlimen saja yang sepatutnya dibenarkan memasuki bangunan utama.

“Selain itu, bagi mengelakkan terlalu ramai pemandu berada di kawasan Parlimen, kerajaan boleh membenarkan hanya konsep drop off sahaja. Ahli Parlimen dihantar dan diambil ketika dewan selesai bersidang dan semua kenderaan tidak dbenarkan letak kereta dalam kawasan Parlimen,” ujar beliau.

Tambah Noh lagi, beliau melihat sidang Parlimen ini perlu ada keberkesanan dan bukannya sekadar mendengar apa yang dihujahkan dan tanpa sebarang celahan. 

“Sidang Parlimen bukan seperti khutbah Jumaat dengan mendengar apa yang khatib bacakan. Apa gunakan kerajaan berbelanja berjuta-juta kalau segala fasiliti yang tersedia tidak digunakan sebaiknya. Kalau tidak boleh bersidang secara bersemuka, saya fikir ini adalah satu alasan yang tidak munasabah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya