PETALING JAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menangguhkan semua program lawatan dan perjumpaan khas keluarga di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Unit Komunikasi Korporat AADK dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dibuat sebagai usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19 berdasarkan situasi semasa sistem kesihatan dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, agensi menyediakan medium panggilan video sebagai menggantikan kaedah bersemuka kepada keluarga sempena sambutan berkenaan.
“Bagi tujuan itu, AADK meminta agar semua keluarga yang ingin membuat panggilan video membuat janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi Puspen yang berkenaan.
“Puspen berkaitan akan menetapkan tarikh dan tempoh masa panggilan video berdasarkan kekosongan yang disediakan.Orang ramai boleh menghubungi Puspen berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat seperti nombor telefon Puspen boleh didapati di laman web,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE-