15 keluarga kibar bendera putih dibantu - Utusan Malaysia

15 keluarga kibar bendera putih dibantu

RUMAIZI Baharin (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil peniaga Gerbang Malam di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membantu lebih 15 keluarga yang mengibarkan bendera putih kerana mengalami kesempitan hidup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata,, bantuan diberikan dengan kerjasama beberapa pihak.

“Memang ada penduduk yang mengibar bendera putih dan setelah kita dapat maklumat mengenainya, kita cuba bantu.

“MBI juga menggerakkan bantuan untuk peniaga kecil, miskin bandar dan mereka yang terkesan akibat pelaksanaan PKP,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 125 peniaga Gerbang Malam dan petugas media Perak yang terkesan akibat PKP di sini hari ini.

Sementara itu, peniaga Gerbang Malam yang ditemui berkata, pendapatan mereka terjejas teruk kerana sudah tidak berniaga sejak 45 hari disebabkan PKP.

Peniaga pakaian, Norita Mokhtar, 46, berkata, dia cuba menjalankan perniagaan secara atas talian, tetapi tidak mendapat sambutan.

“Biasanya hanya sehelai dua sahaja baju atau pakaian yang dapat dijual dalam masa sehari,” katanya.

Norita berkata, pelbagai bantuan seperti moratorium, Geran Khas Prihatin (GKP) dan bantuan lain dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), meringankan beban para peniaga yang terkesan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN