Tetap bersyukur walaupun pandemik jejaskan sasaran SPM - Utusan Malaysia

Tetap bersyukur walaupun pandemik jejaskan sasaran SPM

Akid Mierza Mohammad Kushairi dan adiknya, Nurin Syafiyyah Mohammad Kushairi memeriksa keputusan SPM 2020 menerusi pautan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekali gus sesetengah daripada mereka gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

Namun bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Akid Mierza Mohammad Kushairi,18, beliau tetap bersyukur dengan keputusan 5A, 1B, 2C, 2E yang dicapai walaupun berharap keputusan lebih baik.

“Hampir sepanjang tahun lalu kami belajar menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

“Masalahnya ada masa PdPR terganggu kerana masalah capaian internet yang tidak stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ekoran pandemik itu juga, keputusan SPM 2020 yang keluar hari ini juga hanya boleh diperoleh oleh calon secara dalam talian menerusi pautan yang diberikan.

Akid Mierza berkata, beliau akan mengikuti temuduga secara dalam talian di sebuah universiti awam dalam tempoh terdekat bagi mengikuti kursus sarjana muda seni bina.

“Saya harap permohonan itu berjaya dan dapat mencapai cita-cita menjadi arkitek,” ujarnya yang turut memohon kursus kejuruteraan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya