STAR mahu darurat dikekalkan - Utusan Malaysia

STAR mahu darurat dikekalkan

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kekal dengan pendirian mahu Proklamasi Darurat dikekalkan sehingga situasi pandemik Covid-19 di negara ini kembali stabil.

Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, itu antara perkara yang dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa dipanggil menghadap di Istana Negara petang tadi.

“Saya memaklumkan kepada Agong bahawa darurat perlu dikekalkan pada masa ini sehingga situasi pandemik kembali stabil. Masalah lain seperti keselamatan dan politik boleh selesai dengan sendirinya.

“Saya juga menekankan bahawa negara perlu mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020 yang menjadi punca kepada gelombang ketiga penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Biarpun selepas sembilan bulan, gelombang ketiga pandemik Covid-19 ini tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Timbalan Ketua Menteri ini berkata, Malaysia bukan satu-satunya negara di dunia yang mengisytiharkan darurat dalam menangani krisis kesihatan ini. Terdapat lebih 70 negara lain turut mengambil langkah sama bagi memerangi pandemik Covid-19.

Beliau turut memaklumkan tentang isu pelaksanaan program vaksinasi yang rendah di Sabah susulan kekurangan kemudahan infrastruktur termasuk sistem telekomunikasi di kawasan luar bandar.

“Terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan program kesedaran vaksinasi dan kerajaan Sabah sudah melakukan yang terbaik bagi membantu rakyat dalam aspek sosial dan ekonomi.

“Saya berpendapat vaksin lebih mudah diakses oleh semua hospital dan klinik kerajaan dan swasta,” katanya.

Jeffrey berkata, Agong juga menyatakan secara jelas tidak mahu membincangkan tentang isu politik semasa pertemuan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya