Sasar 610,100 penduduk di Kinta terima vaksin - Utusan Malaysia

Sasar 610,100 penduduk di Kinta terima vaksin

MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri menyasarkan seramai 610,100 penduduk di daerah Kinta menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, sehingga Mei lalu, seramai 39,760 penduduk atau 6.53 peratus telah menerima suntikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Kadar imunisasi Covid-19 di negeri ini sedang diusahakan oleh kerajaan negeri supaya ia boleh dipertingkatkan khususnya di daerah Kinta. 

“Sehingga 31 Mei lalu di daerah Kinta, kita sudah mencapai 39,760 penduduk menerima suntikan berkenaan di mana sasaran sehingga hujung tahun adalah seramai 610,100 orang,” katanya dalam kenyatannya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Akmal, pelaksanaan perkhidmatan pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu pertama di negeri ini di Stadium Indera Mulia akan membantu usaha meningkatkan jumlah penerima vaksin Covid-19 di daerah Kinta.

Katanya, penerima vaksin dos kedua, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penerima agensi secara kelompok merupakan mereka yang terlibat dalam PPV secara pandu lalu bermula esok.

“Penerima bagi perkhidmatan ini akan menerima tarikh temujanji melalui MySejahtera dan mereka akan dimaklumkan yang suntikan diberikan melalui pandu lalu.

“Sebagai daerah pertama melaksanakan perkhidmatan itu, saya melihat usaha ini sangat perlu bagi mencapai sasaran 610,100 penerima,” katanya.

Sehingga 28 Mei lalu, seramai 237,204 individu di Perak bagi kumpulan fasa kedua telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Daripada jumlah itu, seramai 90,759 individu telah lengkap dua dos suntikan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya