Peniaga Pasar Besar Alor Setar jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

Peniaga Pasar Besar Alor Setar jalani saringan Covid-19

KES jangkitan baharu Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 11,079 sekali gus menjadi rekod paling tinggi sejak pandemik melanda Malaysia tahun lalu. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 260 peniaga dan pekerja di Pasar Besar Alor Setar menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua di pasar itu, hari ini.

Pengerusi Pasar Besar Alor Setar, Mohd. Fauzi Sharip berkata, peniaga terbabit telah menjalani saringan kali pertama pada 22 Mei lalu.

Menurutnya, saringan tersebut dilakukan untuk memastikan peniaga dan pekerja di pasar itu tidak dijangkiti Covid-19.

Katanya, mereka melakukan saringan tersebut untuk menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.

“Seramai 418 peniaga dan pekerja di pasar itu melakukan saringan  kali pertama dan mereka menerima disahkan negatif Covid-19,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, jumlah peniaga dan pekerja di pasar itu yang berkurangan melakukan saringan kali kedua kerana kebanyakan peniaga di pasar itu tidak berniaga sejak beberapa hari lalu selepas kekurangan pelanggan.

“Saya mengharapkan semua peniaga dan pekerja pasar yang melakukan saringan kali kedua  juga negatif bagi meningkat keyakinan pengguna untuk mengunjungi pasar tersebut selepas ini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN