Peguam dibenarkan ke mahkamah untuk tiga urusan - Utusan Malaysia

Peguam dibenarkan ke mahkamah untuk tiga urusan

Encorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian kepada peguam untuk hadir secara fizikal ke mahkamah untuk mewakili anak guam bagi melibatkan tiga situasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pertamanya adalah pertuduhan baharu, kedua penahanan perintah reman dan ketiga adalah permohonan jenayah pelbagai.

“Kebenaran untuk ke mahkamah bagi peguam-peguam yang mewakili anak guam untuk kes pertuduhan baharu, penahanan perintah reman dan permohonan jenayah pelbagai ini boleh diperoleh daripada balai polis berdekatan.

“Pihak peguam justeru itu dipohon untuk merujuk kepada SOP perkhidmatan guaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di platform komunikasi Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Takiyuddin menambah kerajaan bersetuju supaya firman guaman yang terlibat dengan perkhidmatan guaman korporat dan conveyancing (urusan pemindahan hak milik hartanah) untuk sektor essential services (perkhidmatan perlu) untuk memohon kebenaran beroperasi mengikut syarikat,kilang,perniagaan berkaitan yang diwakili mereka.

Katanya, firma guaman yang mewakili pihak terlibat boleh memohon kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi portal Covid-10 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

“Semua pihak diminta patuh kepada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang PKP fasa pertama berkuatkuasa agar objektif untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dapat dicapai,” katanya.

Pada 30 Mei lalu, sektor perkhidmatan guaman tidak tersenarai di bawah kategori perkhidmatan perlu sepanjang PKP fasa satu yang bermula hari ini sehingga 14 Jun sekali gus aktiviti guaman adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh berkenaan.

Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan beberapa prosedur dan tatacara urusan mahkamah dikecualikan bermula hari ini dengan mengambil kira keadaan semasa negara yang berada pada fasa pertama sekatan pergerakan penuh berikutan pandemik Covid-19.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata, perkara itu dinyatakan melalui Arahan Ketua Hakim Negara Bilangan 8 Tahun 2021.

Katanya, arahan itu menyatakan peguam atau pihak yang mempunyai urusan mahkamah di seluruh negara kini dikecualikan daripada mematuhi kehendak tempoh masa yang disyaratkan, sekali gus tidak perlu membuat permohonan jika mahu mendapatkan lanjutan seperti kebiasaan.

Selain itu, pengecualian pematuhan kehendak tempoh masa itu hanya merangkumi pemfailan kertas kausa, pemfailan notis rayuan, penyerahan kertas kausa dan dokumen mahkamah dan pelaksanaan perintah mahkamah. -UTUSAN ONLINE 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya