PUTRAJAYA: Rakyat perlu mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang bermula semalam dan sebarang pengingkaran boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, di bawah Seksyen 10 akta berkenaan dan Seksyen 11 (3) (c) boleh digunakan untuk mencegah dan mengawal penularan penyakit berjangkit Covid-19. Dalam peruntukan itu, setiap individu perlu mengambil…










