Muat naik foto berpakaian tradisional berpeluang menang RM500 - Utusan Malaysia

Muat naik foto berpakaian tradisional berpeluang menang RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM500 dengan menyertai Peraduan Foto Berpakaian Kebudayaan Kreatif 2021 anjuran Biro Perpaduan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Ahli Majlis Eksekutif Pejuang, Azman Mohd. Hashim berkata, para peserta hanya perlu memuat naik foto mereka berpakaian tradisional kaum-kaum di negara ini bersama Jalur Gemilang.

Mereka kemudian dikehendaki tag Facebook dan Instagram Biro Perpaduan Pejuang berserta tandapagar #negarakumalaysia, #Pertandinganfotopakaiantradisional2021 dan #biroperpaduanpejuang.

Sebanyak 20 gambar yang menerima paling banyak Like akan dipilih sebagai pemenang.

Hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM500, kedua RM300, ketiga RM200, keempat hingga ke-10 RM100 dan ke-11 hingga ke-20 RM50.

Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Ogos ini manakala keputusan akan diumumkan pada 31 Ogos 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya