Lelaki mabuk pandu Toyota Vellfire rempuh SJR ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki mabuk pandu Toyota Vellfire rempuh SJR ditahan

KENDERAAN jenis Toyota Vellfire yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dalam keadaan mabuk dan merempuh SJR di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Vellfire dalam keadaan mabuk merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Bayan Lepas, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu melanggar kon keselamatan lalu mengheret sehingga ke tepi khemah SJR.

Ketika itu, terdapat seramai 15 anggota bertugas terdiri daripada polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ekoran kejadian itu, suspek ditahan dan siasatan mendapati lelaki berkenaan mempunyai lima kesalahan saman trafik lampau, namun, tidak mempunyai rekod jenayah.

“Hasil ujian alkohol mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had bacaan yang dibenarkan.

“Tangkapan kini direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 serta Seksyen 26(2) Akta Polis,” katanya.

Beliau memberitahu, siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 45(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN