Lapan mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan - Utusan Malaysia

Lapan mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan

SEBAHAGIAN daripada lapan penunggang motosikal yang ditahan ketika merempit di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seramai lapan lelaki yang sedang merempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, di sini semalam

Ketua Polis daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kesemua penunggang motosikal yang berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam operasi tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, mereka ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya serta dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Kesemua lapan individu itu juga dikompaun di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021 kerana keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, seramai tujuh lagi penunggang motosikal turut ditahan dalam operasi itu kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

“Sebanyak 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap ke semua individu tersebut dan sebuah motosikal telah disita atas kesalahan trafik,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa serta penjaga mereka yang ditahan juga diberi nasihat agar mengawal aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan samseng jalanan dan sentiasa memastikan anak-anak kekal di rumah pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi bagi membenteraa samseng jalanan yang mengganggu pengguna jalanraya lain dan tindakan tegas akan diambil ke atas kesalahan mereka yang terlibat,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya