Laksanakan PPV bergerak, kawasan pedalaman - Utusan Malaysia

Laksanakan PPV bergerak, kawasan pedalaman

B. RAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan diminta untuk mempertimbang bagi mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak bagi mempercepatkan program imunisasi di negeri ini.

Ketua Pemuda MIC negeri, B. Ramis berkata, menerusi maklum balas dan pandangan yang diterima, pihaknya juga berpandangan PPV juga perlu ditumpukan di kawasan pedalaman dan luar bandar agar tiada yang terlepas daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Jelasnya, kedua-dua perkara tersebut adalah demi membela kesihatan rakyat dan membendung penularan kes Covid-19 di Negeri Sembilan yang masih tinggi.

“Bagi mempercepatkan proses vaksinasi, kerajaan negeri perlu memperbanyakkan lagi PPV di Negeri Sembilan bagi memudahkan lagi orang ramai datang mendapatkan vaksin bagi diri mereka.

“PPV juga perlu ditumpukan di pedalaman dan luar bandar agar tidak siapa yang terlepas dari program vaksinasi ini. Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan PPV bergerak dan pandu lalu bagi mempercepatkan proses vaksinasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ramis berpandangan, kerajaan negeri perlu memberi bantuan ‘one-off’ kepada pengusaha kecil sederhana yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Didapati ramai pengusaha PKS terpaksa hidup dalam kesusahan kerana sumber pendapatan terjejas akibat pelaksanaan PKP.

“Ada juga yang terpaksa tutup kedai kerana tidak mampu lagi menampung kos operasi, justeru kerajaan perlu menyasarkan bantuan kepada golongan ini bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN