fbpx

Keputusan 9A ini hadiah untuk ibu bapa saya

Muhammad Haziq Asyraaf Rosli bersama ibu dan bapanya menunjukkan keputusan 9A dalam SPM 2020 yang keputusannya keluar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada yang lebih menggembirakan seorang Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka, yang memperoleh keputusan cemerlang 9A termasuk lima A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang keputusannya dikeluarkan hari ini.

Menurut Muhammad Haziq Asyraaf Rosli, 18, kejayaan itu amat bermakna ketika beliau dan rakan-rakannya terpaksa melalui tempoh sukar sepanjang tahun lalu apabila negara dilanda pandemik Covid-19.

Keadaan itu katanya, menyebabkan ada masanya pembelajaran terganggu namun dia bersyukur kerana masih berjaya memperoleh keputusan A+ dalam mata pelajaran Pendidikan Islan, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Kimia.

“Kejayaan ini adalah hadiah untuk kedua ibu bapa, Rosli Adnan yang bekerja di sebuah kilang dan ibu, Azmaliza Mohd. Azmi seorang guru KAFA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya yang tinggal di Kampung Melayu Sungai Buloh dekat sini, dia bercita-cita mahu menjadi Jurutera Mekanikal dan bercadang mahu mengambil kursus berkaitan di universiti awam.

“Saya berharap dapat menjadi jurutera rabbani yang mampu memberi sumbangan kepada negara dan juga agama dan berazam mahu memberikan kesenangan kepada ibu dan ayah saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE