PADANG TERAP: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mengarahkan aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama di kawasan Hutan Simpan Lipur Bukit Perangin, Kuala Nerang di sini dihentikan serta-merta. Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, aktiviti di kawasan hutan itu sedang dilaksanakan untuk kegunaan kakitangannya menjalankan prapelesenan bagi kelulusan kawasan pembalakan di kompartmen 42 dan kompartmen 43 di hutan simpan tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, arahan dihentikan aktiviti tersebut dikeluarkan selepas mendapati telah menyebabkan aliran…