KUALA LUMPUR: Tindakan Hartal Doktor Kontrak atau mogok di seluruh negara yang dijadualkan pada 26 Julai ini adalah pilihan terakhir kumpulan berkenaan selepas pelbagai cara dilakukan bagi memastikan mereka diserap ke dalam perkhidmatan tetap. Namun, kepincangan kerajaan untuk menjelaskan hala tuju dan tiada jaminan kerjaya sebagai doktor tetap selepas menamatkan kontrak mendorong pegawai perubatan melakukan protes. Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak dikenali sebagai Dr. Prakash, 31, berkata,…