Guan Eng mengadap Agong petang ini - Utusan Malaysia

Guan Eng mengadap Agong petang ini

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : DAP mengesahkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng selalu ketua parti telah diperkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah petang ini di Istana Negara.

“Menjawab pertanyaan daripada pihak media, saya mengesahkan bahawa Setiausaha Agung DAP, Yang Berhormat Lim Guan Eng selaku Ketua Parti DAP telah diperkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Majlis menghadap tersebut dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, hari Rabu, 9 Jun 2021 di Istana Negara,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, wujud desas-desus bahawa semua pemimpin parti politik di negara ini akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai ada kaitan dengan keadaan semasa negara.

Semalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok.

Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, berkata Pengerusi Perjuang Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya