Garis Panduan Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi lulus - Utusan Malaysia

Garis Panduan Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan Garis Panduan Bantahan Terhadap Infrastruktur Komunikasi yang dibangunkan pihaknya dan kerajaan Negeri Sembilan telah diluluskan kerajaan negeri itu. 

SKMM dalam satu kenyataan berkata, garis panduan berkenaan bakal memberi penyelesaian kepada kerajaan negeri dalam menangani aduan atau bantahan terhadap pembangunan infrastruktur secara saksama dan cekap.

” Tindakan berkenaan adalah bagi menjaga kepentingan hak penduduk untuk hidup dan bekerja dalam suasana persekitaran yang selamat serta bebas daripada keadaan berbahaya. 

“Di samping itu, ia dapat memastikan pembangunan infrastruktur komunikasi dapat dibangunkan secara teratur dan mampan seiring dengan permintaan keperluan teknologi komunikasi yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Jelas SKMM, garis panduan tersebut akan terus digunakan oleh pelbagai pihak berkepentingan di Negeri Sembilan seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Selain itu, ia digunakan syarikat-syarikat yang dilantik oleh kerajaan, agensi-agensi negeri, Telecommunication One-Stop Agency Negeri Sembilan (TOSA) serta industri telekomunikasi sebagai rujukan dan panduan serta pematuhan bagi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN