Caprice tiba di Mesir sertai Humanitarian Mission 4 Palestine - Utusan Malaysia

Caprice tiba di Mesir sertai Humanitarian Mission 4 Palestine

Abdul Azeez (berdiri, tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita yang dirawat di Hospital Palestin di Kaherah, Mesir, semalam. Turut kelihatan Caprice (bertopi).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Terkesan dengan situasi perang dan konflik di Gaza dan Tebing Barat, penyanyi rap dari Malaysia, Caprice menyertai misi kemanusiaan Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli tiba di Mesir semalam untuk bergabung dengan 16 anggota misi HM4P diketuai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Turut menyertai misi kemanusiaan itu adalah dua wakil Mercy Malaysia termasuk exconya, Norazam Ab. Samah.

Semalam, Caprice bersama-sama sukarelawan HM4P mengagihkan bantuan kemanusiaan termasuk 10 kerusi roda kepada wakil Hospital Palestin di Kaherah yang dikendalikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.

Hospital Palestin di Kaherah menerima purata bulanan 10 pesakit warga Palestin dari Gaza yang mendapatkan rawatan lanjut ekoran kekangan perkhidmatan kesihatan di wilayah konflik terkepung itu. 

Misi HM4P anjuran BKUM selama dua minggu bermula 19 Jun lalu bertujuan menyatakan solidariti rakyat Malaysia kepada warga Palestin selain menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan, bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Tebing Barat dan Gaza yang diserang tentera Israel, bulan lalu.

Sebelum menyertai anggota misi HM4P di Mesir, Abdul Azeez ke Jordan dan menyampaikan sumbangan USD200,000 (RM831,500) kepada Tabung Masjid Al-Aqsa yang dikendalikan Kementerian Awqaf Jordan selain mengedarkan 1,000 pek makanan kepada pelarian Palestin di empat kem pelarian di negara itu.

Sumbangan kewangan itu untuk menyelenggara dan membaik pulih kerosakan di Masjid Al-Aqsa termasuk membaiki tingkap, pintu dan sistem siar raya di masjid suci umat Islam itu yang dicemari insiden pencerobohan pihak berkuasa rejim Zionis.

 Media sebelum ini melaporkan, Mesir memudahkan laluan ke Gaza kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia melalui sempadan Rafah selepas perbincangan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi selain usaha digerakkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan rakat sejawatnya di Mesir.

Serangan rejim Israel ke atas wilayah konflik Gaza yang berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei lalu menyaksikan kemusnahan harta benda bernilai ratusan juta dolar selain mengorbankan lebih 250 warga Palestin termasuk 66 kanak-kanak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya