Bukan 1.36 juta dos, tapi 1.18 juta dos yang diterima Selangor - Utusan Malaysia

Bukan 1.36 juta dos, tapi 1.18 juta dos yang diterima Selangor

DR. Siti Mariah Mahmud (dua dari kiri) dan Penyelaras DUN Gombak Setia, A Rahim Kasdi beramah-mesra dengan orang awam di Dewan Sri Siantan, Selangor, hari ini. - UTUSAN/KHALID REDZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor menafikan menerima sejumlah 1,367,306 vaksin sehingga 27 Jun seperti yang dinyatakan Menteri Penyelaras Program Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin hari ini.

Sebalik menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, melalui rekod Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), sebanyak 1,189,350 dos yang diterima negeri itu dalam tempoh sama. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 954,051 dos telah digunakan, dengan baki yang ada adalah 235,277 dos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Dengan jumlah vaksin berkenaan, beliau berkata, ia hanya bertahan selama dua hari sekiranya semua 73 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) beroperasi secara kapisiti penuh. 

Jelas Siti Mariah, negeri itu mampu memberi vaksinasi harian kepada 87,616 orang pada ketika ini. 

“Jadi dalam hal ini, masalah yang dihadapi negeri adalah kekurangan bekalan vaksin, bukan kapasiti dan jumlah PPV. 

“Apapun, kerajaan negeri ingin mengucapkan terima kasih kerana JKNS akan menerima 60,000 dos pada hari ini,” katanya. 

Siti Mariah berkata, jumlah suntikan vaksin sebanyak 135,000 dos sehari yang disasarkan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) pada bulan hadapan dapat direalisasikan dengan pengenalan Program Vaksin Selangor yang akan diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kelak. – UTUSAN ONLINE 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN