Ainulrahmah bimbang tidak dapat lanjut pengajian - Utusan Malaysia

Ainulrahmah bimbang tidak dapat lanjut pengajian

Ainulrahmah Che Gani menunjukkan keputusan SPM 2020 kepada kedua ibu bapanya di Kuala Ketil, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang pelajar cemerlang dari Kampung Banggol Serdang, Tembak B di Kuala Ketil di sini mungkin terpaksa melupakan impiannya untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti berikutan masalah kewangan dihadapi keluarganya.

Ainulrahmah Che Gani, 18, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di Sungai Petani dekat sini, memperoleh keputusan 8A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

Menurutnya, keluarganya berdepan kesukaran selepas bapanya, Che Gani Dollah, 59, tidak dapat bergerak akibat diserang angin ahmar kira-kira tiga tahun lalu.

“Sejak kejadian itu, bapa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan secara kontrak dengan gaji harian kehilangan sumber pendapatan.

“Selepas itu, ibu, Zainida Zakaria, 49, terpaksa mengambil alih tanggungjawab bapa untuk menyara keluarga dengan bekerja sebagai operator kilang kayu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, hidup keluarganya semakin dihimpit kesusahan apabila ibunya tidak lagi dapat bekerja setelah kilang ditutup susulan pelaksanaan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Fasa Pertama sejak awal bulan ini.

“Sumber pendapatan keluarga terputus terus dan saya bimbang keluarga tiada wang untuk menampung perbelanjaan dan yuran pengajian sekiranya diterima belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

Tambahnya, dia runsing memikirkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung untuk ke IPT seperti yuran pendaftaran dan kemudahan belajar seperti komputer riba.

“Saya harap dapat sambung pengajian ke universiti seterusnya mencapai cita-cita untuk menjadi seorang guru mata pelajaran perakaunan,” katanya.

Orang ramai yang yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ainulrahmah di talian 011-24144311. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya