PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Lori Johor bersedia program vaksinasi dilaksanakan dalam sektor pengangkutan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor, saranan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada sektor logistik seperti sektor pengangkutan adalah satu usaha yang amat baik.
“Ini kerana pekerja industri pengangkutan juga sebahagian daripada barisan hadapan dan diharuskan diberi vaksin secepat mungkin di bawah Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF).
“Pekerja-pekerja ini yang kami percaya disebut pemandu trak yang mempunyai peluang tinggi untuk dijangkiti dan seterusnya menyebarkan penyakit ini kerana sifat pekerjaan mereka di negara ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambahnya, sebagai wakil industri, persatuan dengan senang hati memberikan sokongan yang diperlukan untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam mengenal pasti dan menghubungi rakan sejawat yang memenuhi syarat terutamanya mereka yang senang terdedah dengan jangkitan tersebut.
“Persatuan ini mempunyai kira-kira 165 anggota di negeri Johor, dan pihak kami akan memasti agar tiada yang akan tercicir di dalam program tersebut,” katanya. -UTUSAN ONLINE