29 ADUN Pulau Pinang, Speaker DUN sumbang gaji untuk tabung Covid-19 - Utusan Malaysia

29 ADUN Pulau Pinang, Speaker DUN sumbang gaji untuk tabung Covid-19

LAW Choo Kiang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada semua parti di negeri ini bersetuju menyumbangkan sebanyak 30 peratus gaji bulan ini kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

Selain itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang pula akan menyumbang sebulan gaji bermula bulan ini untuk tabung berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama antara Choo Kiang dan kesemua ADUN berkenaan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Speaker DUN serta kesemua ADUN berkenaan berharap sumbangan tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk rakyat negeri ini yang terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini adalah sumbangan kali kedua selepas sumbangan 30 peratus gaji yang telah dibuat pada tahun lalu,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbang gaji mereka bagi bulan ini kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menjelaskan, kesemua ADUN meminta seluruh penduduk Pulau Pinang dapat bersama-sama menyokong usaha kerajaan negeri dan kerajaan Pusat dalam membendung pandemik Covid-19.

“Pastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dipatuhi sepenuhnya dan mendaftar bagi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) dengan segera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN