Tiga sekeluarga cedera kemalangan - Utusan Malaysia

Tiga sekeluarga cedera kemalangan

KEADAAN kereta Proton Gen-2 yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Myvi di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tiga sekeluarga cedera apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Hutan Kampung di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun dan dua anggota keluarga berusia 29 dan tujuh tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.48 petang daripada orang awam sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian didapati tiga daripada lima anggota keluarga yang menaiki kenderaan jenis Proton Gen-2 mengalami kecederaan akibat kemalangan itu, sementara dua lagi yang berusia lima dan dua tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi juga tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang tersepit dan berjaya keluar sendiri dari kereta terbabit dengan bantuan orang awam.

“Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya