Tiga dikompaun di NS cuba rentas daerah, negeri - Utusan Malaysia

Tiga dikompaun di NS cuba rentas daerah, negeri

MOHAMAD MAT YUSOP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga kompaun telah dikeluarkan polis di negeri ini ekoran kesalahan merentas daerah dan negeri.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pada sambutan hari raya pertama kelmarin, sebanyak dua kompaun telah dikeluarkan dan semalam satu kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan yang sama.

Menurutnya, kesalahan berkenaan dikesan bagi cuban merentas daerah dari Seremban ke Jelebu dan juga dari Selangor ke Negeri Sembilan.

“Setakat ini tiada kompaun dikeluarkan semasa ziarah atau kunjungan raya. Bagaimanapun, kompaun bagi kesalahan rentas daerah dan negeri ada dikeluarkan.

“Kami harap orang ramai akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terutamanya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mohamad berkata, bagi hantaran tular di media sosial mengenai polis mengeluarkan kompaun bernilai RM30,000 bagi tuan rumah dan tetamu di Nilai Impian kelmarin, siasatan telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Menurutnya, pemilik akaun twitter @lcsmxms telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (no 2) 2021 kerana menyebarkan berita tidak benar.

“Kami harap agar orang ramai tidak sesekali menyebarkan berita palsu kerana mereka boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya