Pengarah JSJ Bukit Aman bersara esok - Utusan Malaysia

Pengarah JSJ Bukit Aman bersara esok

HUZIR MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes kehilangan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Kelvin Morais yang diculik pada 2015 antara kes berprofil tinggi diselesaikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM.

Huzir, 59 yang menyertai PDRM pada 27 Disember 1982 bersara wajib esok.

PDRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi JSJ Bukit Aman, Datuk Dev Kumar akan memangku jawatan Pengarah JSJ.

Huzir yang memulakan karier sebagai Pelatih Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebelum ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebagai Pegawai Penyiasat selama tiga tahun.

Beliau turut menyandang beberapa lagi jawatan penting antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di beberapa IPD dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ketua Penolong Pengarah (D9) serta Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1 JSJ Bukit Aman.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman pada 2017 dan mengambil alih jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2019 sehingga kini.

Selain kes kehilangan Kelvin Morais, Huzir turut terlibat dalam operasi menumpaskan kumpulan jenayah terancang antaranya penahanan 57 ahli Geng 360 Devan, Geng Satu Hati dan terbabit dalam beberapa siri Op Cantas.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya