Tengku Hassanal solat Aidilfitri di Masjid Negeri - Utusan Malaysia

Tengku Hassanal solat Aidilfitri di Masjid Negeri

TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah (duduk, enam dari kiri, baju Melayu biru muda) berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Biarpun dalam keadaan kebiasaan baharu, namun solat sunat Aidilfitri di negeri ini tetap berlangsung walaupun dengan jumlah kehadiran dihadkan 50 orang di masjid dan 20 orang di surau.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aildilfitri di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 di sini.

Baginda tiba kira-kira pukul 8 pagi kemudian menunaikan solat sunat Aildilfitri bersama 50 jemaah yang hadir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Solat sunat itu diimamkan oleh Ustaz Afif Aisar Ahmad manakala Khutbah bertajuk ‘Perpaduan’ kemudian disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Datuk Badli Shah Alauddin.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Ahli Mensyuarat Kerajaan Menteri dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

Selain itu, solat sunat yang dilaksanakan mengikut SOP itu turut memastikan setiap jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan membawa sejadah sendiri bersaiz standard.

Kehadiran jemaah juga ditentukan secara jemputan oleh pihak pentadbiran masjid dan surau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN