Sorok 3,240 rokok seludup bawah katil - Utusan Malaysia

Sorok 3,240 rokok seludup bawah katil

BERAS dan rokok putih serta kretek yang dirampas PGA dalam serbuan di Kampung Mesira, Tumpat, kelmarin. Foto Ihsan PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik dua lelaki menyembunyikan 3,240 batang rokok putih serta kretek di bawah katil mudah dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Mesira, di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu, PGA Batalion 7 turut menjumpai 580 kilogram beras seludup yang dilonggokkan di ruang tamu rumah berkenaan

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM4,343.20.

“Bertindak atas maklumat penyeludupan barang kontraban, sepasukan anggota PGA telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah di lokasi terbabit dan berjaya menjumpai barangan dipercayai diseludup dari Thailand itu.

“Kesemua barangan rampasan dan dua suspek masing-masing berusia 23 dan 41 tahun dibawa ke Balai Polis Palekbang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, risikan awal mendapati barangan seludup itu dibawa masuk secara haram menggunakan pangkalan haram yang terdapat sepanjang Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand.

“Kita tidak menolak kemungkinan kesemua barangan rampasan ini untuk pasaran tempatan,” ujarnya yang turut memberitahu, PGA akan terus melipat gandakan operasi bagi membendung aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN