SKM tidak pernah lantik orang ketiga - Utusan Malaysia

SKM tidak pernah lantik orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga yang terdiri daripada orang perseorangan, agen atau syarikat dalam sebarang urusan penubuhan koperasi.

Menurut SKM, orang ramai boleh berurusan terus dengan pegawai di SKM cawangan negeri dan wilayah berhampiran bagi sebarang urusan penubuhan koperasi.

Katanya, perkara berkenaan perlu ditegaskan kerana terdapat koperasi yang dalam proses penubuhan memaklumkan bahawa mereka telah membuat bayaran kepada agen semasa proses penubuhan koperasi.

“Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Koperasi menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta dapatkan maklumat dan pengesahan lanjut daripada pihak Suruhanjaya Koperasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan atau keputusan.

“Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara berkenaan boleh dimajukan kepada SKM melalui talian 03-20834000 atau melalui aplikasi WhatsApp Hotline SKM di talian 019-2445339 atau emel [email protected] untuk penjelasan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya