Selebriti ziarah raya : Lima telah dirakam percakapan - Utusan Malaysia

Selebriti ziarah raya : Lima telah dirakam percakapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak lima individu telah dirakam percakapan berhubung keluarga selebriti yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan ziarah pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10 pagi ini.

“Kes masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan polis mengesan gambar keluarga selebriti berkenaan yang tular dalam portal dan media sosial, semalam.

Siasatan dilakukan susulan gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal serumah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlangsung di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini, membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya