PETALING JAYA: Malaysia berhadapan kegawatan ekonomi lebih buruk dan deflasi sekiranya sektor ekonomi ditutup di samping memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sebagai langkah drastik mengekang penularan Covid-19. Malah, keadaan dijangka bertambah buruk apabila banyak syarikat terpaksa menggulung tikar sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah pengangguran sekali gus menjerumuskan negara kepada masalah sosial. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pensyarah Fakulti Kewangan dan Pentadbiran Perniagaan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Prof. Dr. Barjoyai Bardai…