Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh laut - Utusan Malaysia

Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, terjatuh laut

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari menyelamat mangsa di Pangkalan Kuala Lukut, Port Dickson pagi ini-FOTO/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa memasang jaring bersama bapa saudaranya di Pangkalan Kuala Lukut dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada bapa saudara mangsa, M.Nariasamy yang menaiki bot bersama mangsa.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian ini pada pukul 6.15 petang semalam dan tiba di jeti berkenaan dalam sembilan minit.

“Sehingga pagi ini, mangsa, U. Prakash yang tinggal di Taman Indah Jaya, Lukut dikatakan jatuh pada jarak satu kilometer dari pantai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Hairul Izam, seramai 26 anggota terlibat termasuk dari ibu pejabat negeri, Balai Bomba Port Dickson dan Balai Telok Kemang terlibat dalam operasi pencarian.

“Pihak kami menyambung operasi pagi ini dengan menggunakan empat buah bot penyelamat dan empat buah kayak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya