PUTRAJAYA: IOI City Mall tetap dikunjungi orang ramai - Utusan Malaysia

PUTRAJAYA: IOI City Mall tetap dikunjungi orang ramai

Tinjauan ibu bawa membawa kanak-kanak ke pusat beli-belah berisiko terdedah jangkitan wabak di IOI CIty Mall, Putrajaya di sini, hari ini. Pusat beli-belah itu kini dikenal pasti sebagai antara lokasi titik panas penularan Covid-19 yang dikesan melalui sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai seolah-olah tidak mempedulikan peningkatan kes Covid-19 yang kini mencatatkan lebih 4,000 kes apabila didapati masih mengunjungi lokasi tumpuam awam seperti pusat beli-belah.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pusat beli-belah, IOI City Mall, di sini mendapati, rata-rata pengunjung terutama orang Melayu membeli-belah kelengkapan raya menjelang sambutan Aidilfitri, Khamis ini.

Bayi dan kanak-kanak antara yang dibawa ke tempat tumpuan awam.

Ada antara mereka datang dengan membawa bayi dan kanak-kanak walaupun golongan itu berisiko terdedah kepada jangkitan wabak.

Pusat beli-belah itu kini dikenal pasti sebagai antara lokasi titik panas penularan Covid-19 yang dikesan melalui sistem amaran awal
Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

IOI City Mall terletak dalam daerah Sepang walaupun dikenali dalam kawasan Putrajaya yang bersempadan dekat dengan daerah Petaling dan Hulu Langat.

Timbul persoalan bagaimana mereka boleh merentas daerah sedangkan ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuat kuasakan bermula Khamis lalu di enam daerah di Selangor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya