PKP menyeluruh seluruh negara baru rakyat akur - Utusan Malaysia

PKP menyeluruh seluruh negara baru rakyat akur

N. V. SUBBAROW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan digesa melaksanakan semula Perintah Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ seluruh negara dalam usaha membantu mengekang keras kes penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Ini berikutan pelaksanaan PKP bagi negeri-negeri tertentu hanya menimbulkan rasa ketidakpuasan hati sesetengah masyarakat selain menyebabkan ramai yang berani untuk ingkar SOP.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, pihaknya menyeru pelaksanaan PKP penuh seperti mana yang dikuatkuasakan kali pertama pada Mac tahun lalu.

Menurutnya, ia merupakan solusi terbaik kerajaan dalam mengurangkan penularan ancaman wabak tersebut di seluruh negara ketika ini seperti yang dibuktikan sebelum ini.

“Kuatkuasakan semula PKP penuh di seluruh negara selama dua minggu, barulah semua rakyat akur dengan arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

“Selagi diberi kelonggaran keluar ke tempat awam seperti ke pasar basah atau pasar raya, selagi itu rakyat tidak gentar akan kesan atau implikasi wabak tersebut terhadap kesihatan diri.

“Ramai dalam kalangan mereka hari ini dilihat masih berdegil dengan keluar ke tempat awam dan sanggup bersesak serta berkumpul dalam bilangan besar. Dengan ‘total lockdown’ kita boleh membantu mengurangkan kes jangkitan virus tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kebimbangan dengan jumlah peningkatan kes positif Covid-19 yang dilaporkan tertinggi semalam apabila mencecah sehingga 6,075 kes.

“Satu angka yang begitu mengejutkan. Kita minta pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas selepas ini termasuk meneliti semula kelonggaran bagi pasangan jarak jauh (PJJ).

“Memang akan ada ramai yang tidak bersetuju dengan ‘total lockdown’ apatah lagi banyak sektor ekonomi terpaksa ditutup tetapi nyawa manusia lebih penting daripada wang dalam hal sebegini,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pemikir Melayu (Pemikir), Datuk Dr. Muhammad Farid Saad turut bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan semula PKP penuh di negara ini.

“Kita belajar daripada pengalaman negara semasa perlaksanaan PKP 1.0 lalu yang telah mendapat pujian antarabangsa kerana kita peka dan bijak serta mengutamakan kepentingan negara untuk jangka masa panjang.

“Selepas itu kita mula lupa masa itu berjalan, manusia bergerak dan virus juga bergerak, kita lupa jaga diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya