PJJ alasan utama rentas negeri - Utusan Malaysia

PJJ alasan utama rentas negeri

NOORZAINY Mohd. Noor melakukan pemeriksaan dalam kalangan penumpang bas ketika operasi di terminal bas Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kira-kira 90 peratus penumpang bas di terminal bas Penang Sentral di sini melakukan rentas negeri atas alasan pasangan jarak jauh (PJJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya berpuas hati apabila pemeriksaan malam tadi mendapati kesemua penumpang mempunyai surat kebenaran rentas negeri daripada pihak berkuasa.

“Ini kerana penumpang perlu menunjukkan permit rentas negeri berkenaan ketika membeli tiket di kaunter dan semasa mahu menaiki bas.

“Kebanyakan penumpang mahu merentas negeri kerana PJJ iaitu kira-kira 90 peratus, manakala selebihnya ada pelajar universiti yang baru menamatkan pengajian dan urusan bekerja,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di terminal berkenaan malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Noorzainy berkata, sebanyak 12 sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan diadakan di seluruh daerah itu bermula tengah malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN