Petugas kesihatan lupakan raya demi tanggungjawab - Utusan Malaysia

Petugas kesihatan lupakan raya demi tanggungjawab

DUA orang petugas kesihatan menaiki motosikal bagi mengedarkan borang maklumat kepada pemandu kenderaan yang akan menjalani ujian calitan di OSCAC di Stadium Tertutup MBPG di Pasir Gudang, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tanpa mengira panas dan hujan, petugas kesihatan sanggup mengenepikan sambutan hari raya bersama keluarga tercinta demi tanggungjawab yang digalas mereka.

Dengan menaiki motosikal, mereka mengedarkan borang maklumat kepada pemandu kenderaan sebelum dibenarkan menjalani ujian calitan di Pusat Sehenti Penilaian Covid-19 (OSCAC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, petugas di lapangan menjalankan tugas dengan membuat rondaan di sekeliling jalan utama bagi mengedarkan borang maklumat kepada pemandu kenderaan yang akan membuat ujian calitan.

Menurut salah seorang petugas, seawal pukul 5.30 pagi lagi, para pemandu mula beratur sebelum dibenarkan memasuki OSCAC di perkarangan stadium.

“Kenderaan mula beratur panjang sehingga satu kilometer mengelilingi jalan utama masuk ke stadium untuk membuat ujian calitan berikutan menjadi kontak rapat dengan pesakit yang positif Covid-19,” katanya.

Malah, walaupun pada Sabtu,  petugas tetap mesra melayani orang ramai sambil memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sehingga semua kenderaan yang terakhir beratur dilayan.

Stadium MBPG kini telah dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berisiko Rendah yang menempatkan sebanyak 1,200 katil disediakan untuk pesakit Covid-19 di dalam dewan stadium.- UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN