Perhiasan inai serikan Aidilfitri - Utusan Malaysia

Perhiasan inai serikan Aidilfitri

NANEULHUSNA Maasum melukis inai perhiasan pilihan pelanggannya ketika ditemui di Taman Gunung Mas, Tampin, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Walaupun hari raya Aidilfitri tahun ini disambut sederhana namun ia tidak menghalang untuk orang ramai berhias diri bagi menyerikan sambutan lebaran.

Seorang pelukis inai, Naneulhusna Maasum, 26, berkata, sempena Aidilfitri, dia telah menerima banyak tempahan daripada golongan wanita di daerah ini yang mahu menggunakan perkhidmatannya.

Katanya, kira-kira kira-kira 20 individu dalam tempoh dua hari yang lalu telah menggunakan khidmatnya untuk tampil lebih berseri terutamanya untuk merakam kenangan foto di rumah bersama seisi keluarga di hari raya.

“Harga yang saya kenakan serendah RM8 bergantung kepada corak pilihan dan bilangan tangan yang bakal dilukis inai tersebut.

“Walaupun sambutan raya dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai juga ibu-ibu yang mahu mengembirakan dan menceriakan sambutan perayaan anak-anak mereka dengan memakai inai perhiasan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Gunung Mas, di sini semalam.

Sementara itu, menurut Naneulhusna trend pemakaian inai perhiasan semasa sambutan perayaan Aidilfitri seakan pengganti punca pendapatannya selepas penularan Covid-19 menyebabkan tiada majlis perkahwinan dijalankan secara besar-besaran.

“Kebiasaannya pada musim perkahwinan setiap minggu saya akan mendapat tempahan sekurang-kurangnya dari tiga bakal pengantin.

“Dalam satu majlis itu, bila ada perhimpunan keluarga dan rakan-rakan bakal pengantin, saya boleh dapat sekurang-kurangnya RM300 bagi sebuah rumah,”, katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN