Pemimpin Sabah, Sarawak layak jadi PM - Utusan Malaysia

Pemimpin Sabah, Sarawak layak jadi PM

MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Nama Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sering disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri.

Namun, rasa rendah diri pemimpin yang pernah menerajui tujuh kementerian di peringkat persekutuan ini sekali pun tidak pernah menyatakan hanya dia satu-satunya pemimpin Sabah dan Sarawak yang layak memegang jawatan tertinggi dalam negara itu.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) ini berkata, pemimpin Sabah dan Sarawak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk merajui kepimpinan negara.

Katanya, selama ini rakyat di negara ini hanya mendengar dan merasa adunan polisi dan pentadbiran pimpinan dari Semenanjung Malaysia sahaja.

Ahli Parlimen Semporna ini percaya sekiranya diberikan ruang, pemimpin Sabah dan Sarawak juga mempunyai kebolehan untuk menguruskan negara kerana mereka memang setanding dengan pemimpin Semenanjung lain.

“Macam saya sendiri, saya sudah berkhidmat selama 32 tahun di peringkat persekutuan dalam pelbagai kementerian.

“Saya pernah berkhidmat bersama Perdana Menteri sekarang, saya pernah berkhidmat di bawah Najib (Datuk Seri Najib Razak), Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Tun Mahathir Mohamad, jadi saya tahu macam mana prestasi kerja mereka,” katanya dalam sidang media melalui aplikasi Zoom semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini berkata, ada pihak mempersoalkan tindakan Warisan melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia.

“Jika UMNO, DAP dan PKR boleh masuk ke Sabah dan diterima oleh orang Sabah kenapa orang Semenanjung Malaysia tidak boleh menerima Warisan,” katanya.

Parti itu akan terus memperjuangkan warisan dan kepentingan rakyat disamping terus memelihara Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya