PBAPP mohon semakan tarif air - Utusan Malaysia

PBAPP mohon semakan tarif air

JASENI MAIDINSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memohon semakan tarif air bagi memastikan keselamatan bekalan air untuk penduduk Pulau Pinang pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan melaksanakan rundingan awam berkaitan cadangan semakan semula tarif air PBAPP yang dikemukakan pada 2019.

Menurut beliau, PBAPP memohon semakan semula tarif di Pulau Pinang bagi mempertingkatkan dana yang mencukupi untuk projek perbelanjaan pembangunan (CAPEX) selain menangani risiko air mentah dan memastikan kelestarian bekalan air menjelang 2050.

“Semakan tarif dibuat berdasarkan Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) yang diluluskan Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jaseni berkata, purata penggunaan air di Pulau Pinang adalah 845 juta liter sehari pada tahun ini malah permintaan air diunjurkan mencapai 1,696 juta liter pada 2040 dan 1,884 juta liter pada 2050.

“Walaupun Pulau Pinang mempunyai bekalan air yang mencukupi ketika ini, ia tidak boleh kehabisan air dalam masa terdekat.

“Dalam industri air, bekalan mesti sentiasa melebihi permintaan, oleh itu PBAPP mesti terus melabur dalam pembangunan, penaiktarafan dan penyelenggaraan infrastruktur bekalan air untuk mengekalkan status quo ini pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Tambah beliau, tarif air domestik Pulau Pinang sedia ada untuk 35,000 liter pertama sebulan pada RM0.32 sen setiap 1,000 liter adalah yang terendah di negara ini.

“Tarif air perniagaan untuk 500,000 liter pertama pada RM1.36 setiap 1.000 liter adalah yang ketiga terendah di Malaysia.

“Tarif sedia ada yang rendah menyebabkan PBAPP tidak dapat mengumpulkan dana mencukupi untuk CAPEX yang dicadangkan,” katanya.

Jaseni berkata, Pulau Pinang juga menjadi terlalu bergantung pada Sungai Muda sebagai sumber air mentah di mana lebih 80 peratus air mentah yang diabstrak oleh PBAPP untuk operasi bekalan air hariannya datangnya dari Sungai Muda.

“Oleh itu, sebarang kejadian atau perkembangan negatif di hulu (di Sungai Muda dan Ulu Muda) akan secara langsung dan mempengaruhi bekalan air di Pulau Pinang dengan pantas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.